blo
Mine.
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Salam Lebaran.
Monday, August 5, 2013 • 1:06 AM • 0 comments
Semua mesti tengah countdown hari nak raya kan? Sama lah kita. Hehehe aaaaa I cant wait this Thursday. Semua bandar dah mula penuh dengan manusia-manusia yang cari barang nak raya including my mother. Capital mall pun dah macam lautan manusia, semua nak cari baju baru, seluar baru, tudung baru, semuanya nak yang baru. Haha but not for me. Bagi aizie tak perlulah kot semua barang nak baru, kalau yang lama still boleh gune, better guna je yang lama. Am i right?

K sekarang aizie nak cerita pasal raya aizie setiap tahun. Rutin setiap tahun mesti sama je. Kalau dulu masa kecik, Aizie pantang tengok iklan hari raya. I mean iklan yang tunjuk rancangan untuk raya tu. Hehehe kalau ade je nampak mesti cepat-cepat ambil buku kosong nak salin sebab takut lupa cerita best-best. Hahaha bile ingat balik, rasa lawak sangat. Bile cerita ni dekat kawan dorang mesti gelakkan aizie. Dorang cakap 'kau takde kerja lain ke' Hahahahaha :D

And setiap tahun jugak Aizie tak pernah celebrate hari raya dengan insan yang digelar ayah :') Sometimes aizie memang teringin nak dia ade masa hari raya. Tapi takpeee, aizie faham segalanya. Back to the story, sehari sebelum raya rumah mestii dah mula busy. Yelahh nak masak ape yang patut. Hehehe aummm dap em :3 Rumah pun mesti akan dipenuhi dengan bebudak kecik. Bile semua dah balik, memang ramailah si kecik yang dekat rumah. Aktiviti malam raya pulak haruslah pesta mercun. Yeayyyyyyyy I love this! Setiap tahun ayah sedara akan bawak balik bunga api yang macam malam merdeka tu dekat sini. Then dalam pukul 11, kiteorang main lah bunga api tu. Omg so cantik you know :D and orang kampung mesti akan datang berkumpul tengok sama. Hahaha happy gila setiap malam macam tu. Lepas je habis bunga api tu mesti akan ade polis round depan rumah. Ayoyo maaf pak :P

Tibalah hari raya yang ditunggu-tunggu. hehehe. Pagi raya semua family aizie akan pergi sembahyang raya. Lepas sembahyang raya barulah sesi bermaaf-maafan. Yeayyy masa untuk kumpul duit raya ^^ Biasanyaaa, hari raya pertama family aizie akan balik mersing johor :) yeayyyy ooooo ooooo balik kampung oooo oooo balik kampung ~ ecehhh ajet macam jauh. Padahal 2 jam je dari rumah. Kehkeh. Balik mersing bestttttt! suasana kampung sangat. Tepi rumah ade sungaiiiii, belakang rumah ade kebun. Yeayyyyy dan sesi mengumpul duit raya lagi. Seronoknyaaa :D Tapi selalunya petang raya kedua dah balik rumah semula.

Start raya ketiga Aizie mula ah nak berjalan dengan kengkawan semua. Pegi cari duit lebih. hahaha kene berusaha sikit :D Kiteorang semua akan buat konvoi ramai-ramai. Oyeah oyeahh happy gila. Dalam masa sehari mesti banyak rumah yang kiteorang pergi. Tapi kiteorng bukan pergi rumah orang yang tak dikenali, kiteorang rumah sesama sendiri. Hehehe meriah tauuu. Anda harus cuba. Wkwk. Okaylah dah penat menaip. Have a good holiday guys. Selamat hari raya aidilfitri. aafkan segala kesalahan aizie yang sengaja atau tak sengaja. Jangan main mercunn yaa :D


PAST
Bonjour Fellas
Hi stalker. Welcome to my super duper blog in the world. Dont be rude in my blog guys ^^

Heartbeat